Prakata

YB Dato' Dr. Haji Abdul Latiff Ahmad
YB DATO' DR. HAJI ABDUL LATIFF AHMAD

Prakata

PRAKATA YB DATO' DR. HAJI ABDUL LATIFF AHMAD
MENTERI
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (KPLB)

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan izin-Nya, Pendidikan STREAM akhirnya telah berjaya digarap sebagai salah satu aktiviti dalam Modul Keyakinan Diri dengan kerjasama pintar dari pelbagai pihak terutamanya pakar-pakar akademik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.

Pendidikan STEM atau singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Engineeg (Kejuruteraan) dan Matematik merupakan bidang yang telah diberikan penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah mengukuhkan kualiti serta memupuk kesedaran masyarakat dalam STEM melalui inisiatif Gelombang 1 dan Gelombang 2 Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia (PPPM). Dalam usaha menyokong visi sistem pendidikan bagi memenuhi keperluan negara pada masa depan, KEMAS turut menekankan bidang sains dan matematik kepada kanak-kanak seawal usia selaras dengan Kurikulum Pendidikan Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK).

Selari dengan keperluan semasa, KEMAS telah memperluaskan bidang STEM kepada STREAM, di mana bidang seni (Art) serta nilai murni (Religious) turut diintegrasikan dalam Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik (STEM) supaya melalui estetika dan kreativiti, minat kanak-kanak terhadap bidang STEM dapat dipupuk dengan lebih mudah terutamanya melalui pendekatan “belajar sambil bermain”. Nilai murni seperti kasih sayang, baik hati, bekerjasama dll. turut dijadikan sebahagian daripada STEM kerana nilai adalah asas kepada kemenjadian kanak-kanak di masa akan datang.

Oleh itu, diharap Pendidikan STREAM ini dapat dikembangkan dan diaplikasikan dengan berkesan di Tabika KEMAS seluruh Malaysia, sekaligus memberi pendedahan kepada kanak-kanak Tabika KEMAS untuk lebih bersedia masuk ke Tahun Satu. Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam menggubal Pendidikan STREAM di Tabika KEMAS serta sekaligus berjaya membangunan e-STREAM. Semoga terus menghasilkan karya yang berkualiti dan memberi manfaat kepada warga KEMAS, masyarakat serta anak bangsa hingga ke akar umbi.

Sekian.

YB DATO' DR. HAJI ABDUL LATIFF AHMAD
MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
MALAYSIA

YBhg. Dato’ Amiruddin bin Ariffin
YBHG. DATO’ AMIRUDDIN BIN ARIFFIN

PRAKATA YBHG. DATO’ AMIRUDDIN BIN ARIFFIN
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) MALAYSIA

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Segala pujian ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya Pendidikan STREAM dapat dihasilkan sebagai wacana menjadikan Tabika KEMAS sebagai Pilihan Utama Ibubapa.

Garapan Pendidikan STREAM sebagai sebahagian daripada aktiviti di Pusat Pembelajaran yang bertemakan “Aviation” dalam Modul Keyakinan Diri adalah tepat pada masanya kerana keseimbangan intelek, rohani dan emosi amat diperlukan dalam melahirkan generasi berminda kelas pertama pada masa akan datang. Kejayaan KEMAS melaksanakan Pendidikan STREAM bertemakan “Aviation” menggunakan strategi di Pusat Pembelajaran di Tabika KEMAS Al-Ghazale, Chabau, Melaka dilihat sebagai pemangkin utama untuk memperluaskan pelaksanaan Pendidikan STREAM di Tabika KEMAS seluruh Malaysia.

Teknologi merupakan alat yang tidak boleh dinafikan kepentingannya dalam pendidikan mahupun kehidupan seharian. Selari dengan itu, e-STREAM telah dibangunkan dengan kerjasama pakar-pakar akademik dalam usaha menjadikan Pendidikan STREAM di Tabika KEMAS lebih bermakna. Aplikasi secara offline ini dibangunkan supaya ianya boleh diakses tanpa internet oleh semua Tabika KEMAS seluruh Malaysia.

Dengan terhasilnya Pendidikan STREAM serta e-STREAM ini, adalah diharapkan ianya digunakan sebaik-baiknya oleh semua pihak untuk mencapai keberhasilan kanak-kanak yang telah disasarkan dan juga ke arah pembelajaran secara digital.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada ASWARA, UPSI, Persatuan Pertubuhan Sekolah Belantara Malaysia serta pihak swasta (CECD Group of Education – CACHE UK) kerana menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada penghasilan Pendidikan STREAM serta e-STREAM ini. Pengorbanan panel penggubal juga perlu diberikan kredit utama dan semoga usaha murni ini memberi manfaat kepada semua pihak. KEMAS akan sentiasa berusaha menghasilkan karya yang berkualiti pada masa akan datang demi kelestarian pendidikan awal kanak-kanak terutamanya di kawasan luar bandar.

Sekian.

YBHG. DATO’ AMIRUDDIN BIN ARIFFIN
KETUA PENGARAH KEMAS
MALAYSIA

Panel Penasihat

Ahmad Kamal Idris Mohd. Nawawi

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)

Anisah Saidin

Pengarah Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Asri Saleh

Ketua Penolong Pengarah (PAK) Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Nor’ein Mohd. Shukor

Pengarah Bahagian Latihan dan Pembangunan Profesionalisme

Panel Penasihat Pendidikan STREAM

Pendidikan STREAM (Konsep Rekabentuk Bangunan & Pengisian)

Prof. Madya Dr. Md Nasir Ibrahim

Timbalan Rektor HEA, ASWARA

Dr. Ahmad Nizam Othman

Ketua Jabatan Fakulti Seni dan Pengkomputeran Seni Kreatif, UPSI

Dr. Muhammad Zaffwan Idris

Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif - Jabatan Multimedia Kreatif, UPSI

Dr. Syed Osman bin Syed Yusoff

Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif - Jabatan Multimedia Kreatif, UPSI

Jameyah Sheriff

CECD (CACHE UK)

Panel Penasihat Pendidikan STREAM

Lukisan Mural

Mohd. Safwan Ahmad

Timb. Dekan Fakulti Rekaan Komunikasi Visual, ASWARA

Nawfal B. Mohd Zamri​

Persatuan Pertubuhan Sekolah Belantara Malaysia

Panel Penasihat Pendidikan STREAM

Pembinaan Web e-STREAM

Ts. Jazmi Izwan Jamal

Pensyarah Fakulti Animasi dan Multimedia,
ASWARA

Siti Noraisyah Abd. Rahman

Ketua Program (Permainan Digital) Fakulti Animasi dan Multimedia,
ASWARA

Ts. Marzuki Abdullah

Ketua Program (SKM) Fakulti Animasi dan Multimedia,
ASWARA

Panel Penggubal

Siti Norziana Abd. Karim

Penolong Pengarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Habibah Mohamadon

Jurulatih Pusat Latihan KEMAS Bukit Baru Melaka

Norliza Awang Hamat

Jurulatih Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur

Faizatusima Idris

Jurulatih Pusat Latihan KEMAS Kuantan Pahang

Siti Khalijah Ithnin

Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS, Al-Ghazale Jasin

Hamizah Jamaluddin

Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS Simpang Bekoh, Jasin

Fara Munira Norizan

Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS Paya Datok (A), Alor Gajah

Rabiah Khamis

Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS Bistari Bukit Katil, Bukit Katil

Sultanabarwin Rashid

Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS Taman Merak Mas, Bukit Katil

Nor Diana Abd. Karim

Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS Kg Ujung Padang, Masjid Tanah

Nurul Husna Ahmad

Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS Pengkalan Balak, Masjid Tanah

Nurul Aini Taba Wajha

Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS PPAK Taman Rambai Utama (TRU) B

Mazni Main

Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS Taman Seri Duyong A, Kota Melaka

Erna Syabina Ismadi

Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS Semabok, Kota Melaka

Haslinda Othman

Pemaju Masyarakat Taska Permata KEMAS, Johor

Turut Menyumbang

Shariffah Mohd

Penolong Pengarah Kanan Unit PAK, KEMAS Melaka

Atifah Amalina

Mantan Pegawai KEMAS Daerah Jasin

Laila Hj. Ahmad

Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak Parlimen Jasin

Suzy Amat @ Adnin

Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak Parlimen Alor Gajah

Noridah Nyad

Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak Parlimen Bukit Katil

Irwana Shahbudin

Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak Parlimen Masjid Tanah

Norizan Mustaffa

Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak Parlimen Kota Melaka

Penyelia

Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak Parlimen Tangga Batu

Siti Halijah Haron

Mantan Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak Parlimen Masjid Tanah

Bariah Jamal

Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak Parlimen Pagoh, Johor