Journey to STREAM Education

Pengenalan

Pengenalan

KEMAS telah mengambil inisiatif memperluaskan bidang STEM kepada STREAM, di mana bidang seni (Art), serta nilai murni (Religions) turut diintegrasikan dalam Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik (STEM) supaya melalui estetika dan kreativiti, minat kanak-kanak terhadap bidang STEM dapat dipupuk dengan lebih mudah terutamanya melalui pendekatan "belajar sambil bermain". Nilai murni seperti kasih sayang, baik hati, bekerjasama turut dijadikan sebahagian daripad STEM kerana nilai adalah asas kepada kemenjadian kanak-kanak di masa akan datang.

Hasrat memperkenalkan Pendidikan STREAM ini sejajar dengan pengumuman YB Menteri Pembangunan Luar Bandar semasa lawatan ke Tabika KEMAS Otak Lempit pada 7 Jun 2018.

Pendidikan STREAM di Tabika KEMAS menekankan konsep pembelajaran secara "open space" serta mengaplikasikan strategi pengajaran di Pusat Pembelajaran. Satu projek rintis telah dimulakan di Tabika KEMAS Al-Ghazale, Melaka bertemakan "aviation", di mana STREAM diintegrasikan dalam aktiviti pembelajaran di tabika ini dan seterusnya dijenamakan sebagai "Tabika KEMAS Pintar STREAM".

Objektif

• Menarik minat kanak-kanak terhadap subjek berkaitan STREAM terutamanya Tunjang Sains dan Teknologi

• Sebagai panduan kepada Pemaju Masyarakat (PM) untuk merangka proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan STREAM dengan lebih berkesan

• Membudayakan Pembelajaran Abad ke-21 dan sekaligus melahirkan kanak-kanak serta PM yang mempunyai ciri-ciri kemahiran Abad ke-21

Pengenalan

Perancangan

Lawatan ke Tabika KEMAS Al-Ghazale, Chabau, Melaka pada 14 Februari 2017 bagi melihat lokasi projek rintis. Lawatan diketuai oleh Encik Ahmad Kamal Idris bin Mohd Nawawi (Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KEMAS Malaysia) bersama pegawai-pegawai Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Ibu Pejabat diiringi oleh Pengarah serta pegawai-pegawai KEMAS Negeri Melaka. Lawatan ke tapak bagi membincangkan way forward Tabika KEMAS Pintar STREAM.

Perancangan Awal

Perancangan pengisian serta reka bentuk Tabika KEMAS Pintar STREAM dibincangkan bersama pegawai serta kakitangan KEMAS yang terdiri daripada Jurulatih Institut / Pusat Latihan, Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pemaju Masyarakat, pegawai dari Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Ibu Pejabat serta KEMAS Negeri dan Daerah. Kerjasama pintar bersama pakar akademik dari universiti tempatan (UPSI dan ASWARA), NGO (Persatuan Pertubuhan Sekolah Belantara Malaysia) serta pihak swasta (CECD Group of Education (CACHE UK)) turut dilibatkan semasa proses perancangan.

Bengkel Siri 1

Pada 9 Mac 2017, bengkel bersama pegawai-pegawai KEMAS dan tenaga pakar akademik daripada UPSI telah melakarkan deraf 3D layout rekaan luaran dan dalaman Tabika KEMAS Pintar STREAM. Insipirasi rekaan bertemakan aviation membentuk suasana pembelajaran di kawasan lapangan terbang. Pelan lantai bagi pusat pembelajaran berdasarkan fungsi.

Pusat Nama Pusat Fungsi
Bahasa Reading Room Membantu meningkatkan serta merangsang perkembangan literasi
Penerokaan Discovery Meneroka dan melakukan eksperimen berdasarkan tema
Kraf dan Kreatif Let's Get Crafty Melaksanakan aktiviti kraf dan seni visual
Block dan Puzzle Innovation Merangsang kanak-kanak berinovasi menggunakan LEGO, blok, puzzle, dan lain-lain
Drama • Dramatic Play
• Simulator Cabin
Merangsang dan mengalakkan elemen main peranan dan komunikasi dalam diri kanak-kanak
Outdoor Learning Centre Outdoor Learning Centre Kajian lapangan @ field work di luar kelas

Bengkel Siri 2

Pada 31 Mac 2017, Bengkel Siri 2 dilangsungkan bersama pegawai-pegawai KEMAS dan tenaga pakar akademik daripada UPSI melaksanakan penambahbaikan pada perspective layout dan cadangan warna luaran dan dalaman Tabika KEMAS Pintar STREAM yang sesuai. Penambahbaikan kepada susun atur pelan lantai bagi pusat pembelajaran. Namun, fungsi setiap pusat dikekalkan.

VIP Lounge
Lokasi semasa aktiviti rutin – diintegrasikan dengan Modul Keyakinan Diri

Contoh : Kanak-kanak diberi peluang mengetuai bacaan doa semasa sarapan pagi.

Reading Room
Pusat bagi mempelajari kemahiran membaca dan menulis berkaitan pengangkutan udara.

Contoh : Kanak-kanak menceritakan semula buku yang dibaca dihadapan rakan lain

Discovery
Pusat penerokaan berkaitan pengangkutan udara

Contoh : Kanak-kanak meneroka pelbagai jenis model pengangkutan udara dan berkongsi pengalaman sedia ada bersama rakan.

Let's Get Crafty dan Innovation
Pusat kreativiti kanak-kanak

Contoh : Kanak-kanak menzahirkan idea kreatif menggunakan blok (lego) dan melalui seni lukis.

Dramatic Play
Pusat untuk melakonkan semula peranan/ watak berkaitan tema. Pakaian seragam direkabentuk khas mengikut aspirasi kanak-kanak semasa aktiviti di kelas.

Contoh : Kanak-kanak berkomunikasi memainkan watak masing-masing seperti pramugara / pramugari / juruterbang dll.

Simulator Cabin
Simulator Cabin merupakan sebahagian daripada Pusat Dramatic Play bagi memberi peluang kepada kanak-kanak berkomunikasi serta bersosialisasi mengikut watak masing-masing.

Pembinaan Pusat Pembelajaran

Pembinaan Pusat Pembelajaran

Pada 29 April 2017, Pusat Pembelajaran Tabika KEMAS Pintar STREAM telah dinaiktaraf dengan membina ruang tambahan yang seterusnya dijadikan "simulator cabin". Pada Fasa 2 iaitu pada Mei - Jun 2017, proses perancangan diteruskan dengan kolaborasi dari UPSI, ASWARA, dan juga NGO.

Penjenamaan KEMAS Airlines

Penjenamaan KEMAS Airlines

• Logo KEMAS Airlines disediakan oleh pakar akademik dari Fakulti Seni, Komputer dan Industri Kreatif, UPSI

• Ianya direka dengan mengekalkan warna korporat KEMAS dan bermotifkan lebah yang merupakan serangga comel serta sering dikaitkan dengan kanak-kanak

• Logo ini gabungan daripada huruf K dan A (KEMAS Airlines)

Aktiviti Kanak-Kanak

Aktiviti Kanak-Kanak

Mulai 13 Jun 2017, kanak-kanak telah memulakan aktiviti dengan jayanya di pusat pembelajaran setelah proses menyiapkan Tabika KEMAS Pintar STREAM selesai.

 

 

Klik di sini untuk memuat turun fact sheet Tabika KEMAS Pintar STREAM
dan sini untuk slaid maklumat lanjut dalam format PDF