Pengenalan
Malaysia merupakan negara yang mempunyai kekayaan hasil petroleum. Secara umumnya, hasil minyak dan gas di Malaysia digali dikawasan luar pesisir pantai walaupun tenaga minyak terawal digali diatas darat di Miri, Sarawak pada tahun 1910. Penerokaan terawal dibuat di Miri pada tahun 1910 dengan pemprosesan petroleum pertama di Lutong. Walau bagaimanapun penerokaan berkenaan terhad kepada kawasan daratan atas kekangan teknologi dan logistik. Lapangan minyak luar pesisir pertama di Malaysia adalah pada tahun 1968 di Sarawak (West Lutong) dengan telaga pertama di luar pesisir pantai Terengganu pada tahun 1978 (Pulai).
KEMAS telah mengambil inisiatif memperluaskan bidang STEM kepada STREAM, di mana bidang seni (Art), serta nilai murni (Religions) turut diintegrasikan dalam Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik (STEM) supaya melalui estetika dan kreativiti, minat kanak-kanak terhadap bidang STEM dapat dipupuk dengan lebih mudah terutamanya melalui pendekatan "belajar sambil bermain". Nilai murni seperti kasih sayang, baik hati, bekerjasama turut dijadikan sebahagian daripada STEM kerana nilai adalah asas kepada kemenjadian kanak-kanak di masa akan datang.
Hasrat memperkenalkan Pendidikan STREAM ini sejajar dengan pengumuman YB Menteri Pembangunan Luar Bandar semasa lawatan ke Tabika KEMAS Otak Lempit pada 7 Jun 2018.
Pendidikan STREAM di Tabika KEMAS menekankan konsep pembelajaran secara "Open Space" serta mengaplikasikan strategi pengajaran di pusat pembelajaran. Satu projek rintis telah dimulakan di Tabika KEMAS Al-Ghazale, Melaka bertemakan "Aviation", di mana STREAM diintegrasikan dalam aktiviti pembelajaran di TABIKA ini dan seterusnya dijenamakan sebagai "TABIKA KEMAS Pintar STREAM".
Jabatan KEMAS Negeri Sarawak telah memilih Oil And Gas sebagai tema TABIKA KEMAS Pintar STREAM di TABIKA KEMAS Taman Sepakat Jaya Kuching.
Pemilihan tema ini adalah bersesuaian dengan Negeri Sarawak sebagai sebuah negeri pengeluar gas asli di Malaysia dengan rezab 52.7 % (Sumber Borneo Post 10 November 2018) Oleh sebab itu, tema Oil and Gas dipilih untuk dijadikan sebagai projek rintis di Negeri Sarawak.
Istilah upstream, midstream dan downstream begitu sinonim dengan Industri minyak dan gas. Ia adalah istilah umum yang digunakan untuk menerangkan aktiviti yang terlibat dalam pemprosesan bahan mentah.
Oleh itu, TABIKA KEMAS Taman Sepakat Jaya turut dibahagikan mengikut kelas Upstream, Midstream dan Downstream bersesuaian dengan tema Oil and Gas yang telah dipilih oleh Ibu Pejabat KEMAS Sarawak.
Upstream merujuk kepada aktiviti yang berkaitan dengan penerokaan dan pengeluaran bahan mentah. Dalam bidang ini, ia merupakan aktiviti penerokaan bawah laut untuk mencari kawasan minyak di dalam bumi. Ini diikuti dengan drilling dan seterusnya pengeluaran minyak. Proses ini melibatkan kepakaran teknikal yang tinggi dan penggunaan teknologi yang canggih. Selain daripada pengeluaran bahan mentah, pembinaan pelantar minyak, bekalan besi untuk proses drilling dan pengeluaran, aktiviti sokongan dan penyelenggaraan serta fabrikasi untuk peralatan turut merupakan aktiviti upstream. Di Malaysia, kebanyakan projek yang berkaitan dengan upstream akan dijalankan dengan Petronas yang dimiliki oleh kerajaan.

Objektif
- Sabah meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut China Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Sulawesi di sebelah selatan
- Perkapalan merupakan salah satu medium pengangkutan yang sangat penting di Sabah
- Akses utama terhadap lebih daripada 40 pulau yang menarik di Sabah
- Laluan utama kapal-kapal dalam dan luar negara