Prakata

YB DATO' DR. HAJI ABDUL LATIFF AHMAD

Prakata

PRAKATA YB DATO' DR. HAJI ABDUL LATIFF AHMAD
MENTERI
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (KPLB)

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan izin-Nya, Pendidikan STREAM akhirnya telah berjaya digarap sebagai salah satu aktiviti dalam Modul Keyakinan Diri dengan kerjasama pintar dari pelbagai pihak terutamanya pakar-pakar akademik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.

Pendidikan STEM atau singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik merupakan bidang yang telah diberikan penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah mengukuhkan kualiti serta memupuk kesedaran masyarakat dalam STEM melalui inisiatif Gelombang 1 dan Gelombang 2 Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia (PPPM). Dalam usaha menyokong visi sistem pendidikan bagi memenuhi keperluan negara pada masa depan, KEMAS turut menekankan bidang sains dan matematik kepada kanak-kanak seawal usia selaras dengan Kurikulum Pendidikan Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK).

Selari dengan keperluan semasa, KEMAS telah memperluaskan bidang STEM kepada STREAM, di mana bidang seni (Art) serta nilai murni (Religious) turut diintegrasikan dalam Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik (STEM) supaya melalui estetika dan kreativiti, minat kanak-kanak terhadap bidang STEM dapat dipupuk dengan lebih mudah terutamanya melalui pendekatan “belajar sambil bermain”. Nilai murni seperti kasih sayang, baik hati, bekerjasama dll. turut dijadikan sebahagian daripada STEM kerana nilai adalah asas kepada kemenjadian kanak-kanak di masa akan datang.

Oleh itu, diharap Pendidikan STREAM ini dapat dikembangkan dan diaplikasikan dengan berkesan di Tabika KEMAS seluruh Malaysia, sekaligus memberi pendedahan kepada kanak-kanak Tabika KEMAS untuk lebih bersedia masuk ke Tahun Satu. Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam menggubal Pendidikan STREAM di Tabika KEMAS serta sekaligus berjaya membangunan e-STREAM. Semoga terus menghasilkan karya yang berkualiti dan memberi manfaat kepada warga KEMAS, masyarakat serta anak bangsa hingga ke akar umbi.

Sekian.

YB DATO' DR. HAJI ABDUL LATIFF AHMAD
MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
MALAYSIA

YBhg. Dato' Mohamad Yasid bin Bidin
YBHG. DATO' MOHAMAD YASID BIN BIDIN

PRAKATA YBHG. DATO' MOHAMAD YASID BIN BIDIN
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) MALAYSIA

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Segala pujian ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya Pendidikan STREAM dapat dihasilkan sebagai wacana menjadikan Tabika KEMAS sebagai Pilihan Utama Ibubapa.

Garapan Pendidikan STREAM sebagai sebahagian daripada aktiviti di Pusat Pembelajaran yang bertemakan “Aviation” dalam Modul Keyakinan Diri adalah tepat pada masanya kerana keseimbangan intelek, rohani dan emosi amat diperlukan dalam melahirkan generasi berminda kelas pertama pada masa akan datang. Kejayaan KEMAS melaksanakan Pendidikan STREAM bertemakan “Aviation” menggunakan strategi di Pusat Pembelajaran di Tabika KEMAS Al-Ghazale, Chabau, Melaka dilihat sebagai pemangkin utama untuk memperluaskan pelaksanaan Pendidikan STREAM di Tabika KEMAS seluruh Malaysia.

Teknologi merupakan alat yang tidak boleh dinafikan kepentingannya dalam pendidikan mahupun kehidupan seharian. Selari dengan itu, e-STREAM telah dibangunkan dengan kerjasama pakar-pakar akademik dalam usaha menjadikan Pendidikan STREAM di Tabika KEMAS lebih bermakna. Aplikasi secara offline ini dibangunkan supaya ianya boleh diakses tanpa internet oleh semua Tabika KEMAS seluruh Malaysia.

Dengan terhasilnya Pendidikan STREAM serta e-STREAM ini, adalah diharapkan ianya digunakan sebaik-baiknya oleh semua pihak untuk mencapai keberhasilan kanak-kanak yang telah disasarkan dan juga ke arah pembelajaran secara digital.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada ASWARA, UPSI, Persatuan Pertubuhan Sekolah Belantara Malaysia serta pihak swasta (CECD Group of Education – CACHE UK) kerana menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada penghasilan Pendidikan STREAM serta e-STREAM ini. Pengorbanan panel penggubal juga perlu diberikan kredit utama dan semoga usaha murni ini memberi manfaat kepada semua pihak. KEMAS akan sentiasa berusaha menghasilkan karya yang berkualiti pada masa akan datang demi kelestarian pendidikan awal kanak-kanak terutamanya di kawasan luar bandar.

Sekian.

YBHG. DATO' MOHAMAD YASID BIN BIDIN
KETUA PENGARAH KEMAS
MALAYSIA

Rakan Strategik

Marzuki Bin Mohamed Razalli

Pengurus Bahagian Latihan Dan Pembangunan Proton Holding Berhad

Fatin Aliana Mohd Radzi

Koordinator Pendidikan Awal Kanak-kanak Fakulti Pendidikan Uitm Puncak Alam

Raiha Shahanaz Binti Redzuan

Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan Uitm Puncak Alam

Mohd Hisham Bin Ismail

Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan Uitm Puncak Alam

Farhana Bt Yunus

Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-kanak Fakulti Pendidikan Uitm Puncak Alam

Siti Syarah Binti Saifuddin

Principal Management & Science University (Msu) Kids

Jawatankuasa Teknikal

Mohd Ali Hanafiah Bin Abu Hassan

Pengarah, Kemas Negeri Selangor

Roslida Binti Mat Zin

Pen. Pengarah Unit Pak KEMAS Selangor

Sharina Binti Abdul Aziz

Pegawai Unit Pak KEMAS Selangor

Mohd Shahrul Shafiq Bin Daud

Pegawai KEMAS Daerah Klang

Nor Asmah Bt Dahuri

Penyelia Pendidikan Awal Kanak-kanak Parlimen Kota Raja

STREAMERS – PIONEERS

Siti Norfaizah Binti Mohd Saadon

Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS Batu 7

Norziana Binti Selamat

Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS Tmn Bkt Kemuning

Norizan Bt Tamhid

Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS Sri Gambut A

Asiah Binti Azmi
Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS Bukit Naga

Suhaida Binti Ismail

Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS Taman Setia A

Nabila Bt Mohd Yazid

Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS Nurbaiti An-nur

Umi Haziqah Binti Nahrawi

Tabika KEMAS Taman Kandis Permai B

Noorfahira Binti Tusirin

Tabika KEMAS Kg Baru Hicom

Rosiah Binti Jusoh

Tabika KEMAS Bustanul Hannaan

Sanisah Binti Rajikin

Tabika KEMAS Bustanul Amanah

Abdul Muhaimin Bin Abd Rahim

Tabika KEMAS Baitul Zafri B

Nuraini Binti Miswandi

Tabika KEMAS Baitul Balqis B