Prakata

YB DATO' DR. HAJI ABDUL LATIFF AHMAD

Prakata

PRAKATA YB DATO' DR. HAJI ABDUL LATIFF AHMAD
MENTERI
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (KPLB)

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan izin-Nya, Pendidikan STREAM akhirnya telah berjaya digarap sebagai salah satu aktiviti dalam Modul Keyakinan Diri dengan kerjasama pintar dari pelbagai pihak terutamanya pakar-pakar akademik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.

Pendidikan STEM atau singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik merupakan bidang yang telah diberikan penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah mengukuhkan kualiti serta memupuk kesedaran masyarakat dalam STEM melalui inisiatif Gelombang 1 dan Gelombang 2 Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia (PPPM). Dalam usaha menyokong visi sistem pendidikan bagi memenuhi keperluan negara pada masa depan, KEMAS turut menekankan bidang sains dan matematik kepada kanak-kanak seawal usia selaras dengan Kurikulum Pendidikan Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK).

Selari dengan keperluan semasa, KEMAS telah memperluaskan bidang STEM kepada STREAM, di mana bidang seni (Art) serta nilai murni (Religious) turut diintegrasikan dalam Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik (STEM) supaya melalui estetika dan kreativiti, minat kanak-kanak terhadap bidang STEM dapat dipupuk dengan lebih mudah terutamanya melalui pendekatan “belajar sambil bermain”. Nilai murni seperti kasih sayang, baik hati, bekerjasama dll. turut dijadikan sebahagian daripada STEM kerana nilai adalah asas kepada kemenjadian kanak-kanak di masa akan datang.

Oleh itu, diharap Pendidikan STREAM ini dapat dikembangkan dan diaplikasikan dengan berkesan di Tabika KEMAS seluruh Malaysia, sekaligus memberi pendedahan kepada kanak-kanak Tabika KEMAS untuk lebih bersedia masuk ke Tahun Satu. Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam menggubal Pendidikan STREAM di Tabika KEMAS serta sekaligus berjaya membangunan e-STREAM. Semoga terus menghasilkan karya yang berkualiti dan memberi manfaat kepada warga KEMAS, masyarakat serta anak bangsa hingga ke akar umbi.

Sekian.

YB DATO' DR. HAJI ABDUL LATIFF AHMAD
MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
MALAYSIA

YBhg. Dato' Mohamad Yasid bin Bidin
YBHG. DATO' MOHAMAD YASID BIN BIDIN

PRAKATA YBHG. DATO' MOHAMAD YASID BIN BIDIN
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) MALAYSIA

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Segala pujian ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya Pendidikan STREAM dapat dihasilkan sebagai wacana menjadikan Tabika KEMAS sebagai Pilihan Utama Ibubapa.

Garapan Pendidikan STREAM sebagai sebahagian daripada aktiviti di Pusat Pembelajaran yang bertemakan “Aviation” dalam Modul Keyakinan Diri adalah tepat pada masanya kerana keseimbangan intelek, rohani dan emosi amat diperlukan dalam melahirkan generasi berminda kelas pertama pada masa akan datang. Kejayaan KEMAS melaksanakan Pendidikan STREAM bertemakan “Aviation” menggunakan strategi di Pusat Pembelajaran di Tabika KEMAS Al-Ghazale, Chabau, Melaka dilihat sebagai pemangkin utama untuk memperluaskan pelaksanaan Pendidikan STREAM di Tabika KEMAS seluruh Malaysia.

Teknologi merupakan alat yang tidak boleh dinafikan kepentingannya dalam pendidikan mahupun kehidupan seharian. Selari dengan itu, e-STREAM telah dibangunkan dengan kerjasama pakar-pakar akademik dalam usaha menjadikan Pendidikan STREAM di Tabika KEMAS lebih bermakna. Aplikasi secara offline ini dibangunkan supaya ianya boleh diakses tanpa internet oleh semua Tabika KEMAS seluruh Malaysia.

Dengan terhasilnya Pendidikan STREAM serta e-STREAM ini, adalah diharapkan ianya digunakan sebaik-baiknya oleh semua pihak untuk mencapai keberhasilan kanak-kanak yang telah disasarkan dan juga ke arah pembelajaran secara digital.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada ASWARA, UPSI, Persatuan Pertubuhan Sekolah Belantara Malaysia serta pihak swasta (CECD Group of Education – CACHE UK) kerana menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada penghasilan Pendidikan STREAM serta e-STREAM ini. Pengorbanan panel penggubal juga perlu diberikan kredit utama dan semoga usaha murni ini memberi manfaat kepada semua pihak. KEMAS akan sentiasa berusaha menghasilkan karya yang berkualiti pada masa akan datang demi kelestarian pendidikan awal kanak-kanak terutamanya di kawasan luar bandar.

Sekian.

YBHG. DATO' MOHAMAD YASID BIN BIDIN
KETUA PENGARAH KEMAS
MALAYSIA

Rakan Strategik

Dr. Syerina Azlin Binti Md Nasir

Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri Dan Alumni, Uitm Kelantan

Sarman Bin Mohamad

Pensyarah Kanan, Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, Uitm Kelantan

Dr. Khalid Bin Abdul Wahid

Timbalan Rektor, Hal Ehwal Pelajar, Uitm Kelantan

Mohd Faizal Bin Ramli

Pensyarah Kanak, Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, Uitm Kelantan

Mohd Adzam Bin Omar

Penyelaras Program Jabatan Seni Halus, Uitm Kelantan

Siti Safura Binti Zahari

Penyelaras Art Trivium, Uitm Kelantan

Noor Izzah Binti Ibrahim

Ketua Program Diploma Senibina, Jabatan Senibina Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas

Wan Muhd Izzat Bin Wan Ahmad

Pegawai Latihan Vokasional, Jabatan Senibina Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas

Khairul Shahriz Bin Che Kamil

Pegawai Latihan Vokasional, Jabatan Senibina Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas

Mazeni Binti Ismail

Pensyarah Kanan / Ketua Bidang Asas Pendidikan Awal Kanak-kanak Kolej Polt-tech Mara Kota Bharu, Kelantan

Jawatankuasa Teknikal

Hashim Bin Alang Abdul Hamid

Pengarah, Kemas Negeri Sabah

Nordin Bin Ab Wahab

Mantan Pengarah, Kemas Negeri Sabah

Siti Normah Binti Abdul Rahim

Timbalan Pengarah Pak Kemas Negeri Sabah

Nor Aini Binti Daud

Pegawai Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak Kemas Kelantan

Zariha Binti Mat Yunus

Pegawai Kemas Daerah Pasir Mas

Siti Farah Binti Sheikh Hassan

Pegawai Kemas Daerah Tumpat

STREAMERS – PIONEERS

Effa Hafizan Binti Ab Rahman

Pemaju Masyarakat Tabika Daerah Tumpat

Azniza Binti Abdullah

Pemaju Masyarakat Tabika Kemas Mawar 1, Lubok Jong, Kelantan

Azimah Binti Nuh

Pemaju Masyarakat Tabika Kemas Mawar Ii, Lubok Jong, Kelantan

Rozila Binti Ismail
Pemaju Masyarakat Tabika Kemas Parlimen Kubang Kerian, Kelantan

Noor Mas Idayu Binti Zainuddin

Pemaju Masyarakat Tabika Kemas Parlimen Pasir Mas

Nurshuhada Adila Binti Mohamad Said Nodin

Pemaju Masyarakat Tabika Kemas Parlimen Kota Bharu, Kelantan

Normaizatulazma Binti Zakaria

Pemaju Masyarakat Tabika Kemas Parlimen Pengkalan Chepa

Amira Fatiha Binti Mohd Azmi

Pendidik Masyarakat Tabika KEMAS Kg Burung Unta B

Siti Nurraihana Binti Ridzwan

Pemaju Masyarakat Tabika Kemas Parlimen Kubang Kerian, Kelantan