Pengenalan
Tema bagi Tabika Pintar Stream Negeri Sembilan adalah KESELAMATAN iaitu Bidang KETENTERAAN. Bidang ketenteraan meliputi tiga cabang ketenteraan utama iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).Bidang tumpuan Tabika Pintar STREAM di Negeri Sembilan adalah bidang Tentera Darat Malaysia.
Negeri Sembilan sinonim dengan ketenteraan dengan terdapatnya Pusat Asas Latihan Tentera Darat (PUSASDA)di Port Dickson, Kem Syed Sirajuddin di Gemas selain beberapa kem di Seremban.
Pemilihan tema ketenteraan juga berperanan untuk menerapkan semangat patriotik cintakan negara. Melahirkan insan yang mempunyai jati diri dan kesetiaan terhadap negara melalui konsep ketenteraan. Kanak- kanak juga dapat mengetahui dan memahami tugas anggota tentera sebagai pasukan keselamatan Negara iaitu menghindar Negara dari pelbagai ancaman untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan Negara kita.s
Dalam konteks Sejarah pula Negeri Sembilan adalah merupakan di antara Negeri yang terawal dibawah pemerintahan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan menubuhkan sepasukan ketahanan yang dianggotai anak - anak melayu iaitu Pada 1913, Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhammad Ibni Yam Tuanku Antah telah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan askar melayu.
Objektif
- Menarik minat kanak-kanak terhadap subjek berkaitan STREAM terutamanya Tunjang Sains dan Teknologi
- Sebagai panduan kepada Pendidik Masyarakat (PM) untuk merangka proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan STREAM dengan lebih berkesan
- Membudayakan Pembelajaran Abad ke-21 dan sekaligus melahirkan kanak-kanak serta PM yang mempunyai ciri-ciri kemahiran Abad ke-21