Prakata

YB DATO' DR. HAJI ABDUL LATIFF AHMAD

Prakata

PRAKATA YB DATO' DR. HAJI ABDUL LATIFF AHMAD
MENTERI
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (KPLB)

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan izin-Nya, Pendidikan STREAM akhirnya telah berjaya digarap sebagai salah satu aktiviti dalam Modul Keyakinan Diri dengan kerjasama pintar dari pelbagai pihak terutamanya pakar-pakar akademik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.

Pendidikan STEM atau singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik merupakan bidang yang telah diberikan penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah mengukuhkan kualiti serta memupuk kesedaran masyarakat dalam STEM melalui inisiatif Gelombang 1 dan Gelombang 2 Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia (PPPM). Dalam usaha menyokong visi sistem pendidikan bagi memenuhi keperluan negara pada masa depan, KEMAS turut menekankan bidang sains dan matematik kepada kanak-kanak seawal usia selaras dengan Kurikulum Pendidikan Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK).

Selari dengan keperluan semasa, KEMAS telah memperluaskan bidang STEM kepada STREAM, di mana bidang seni (Art) serta nilai murni (Religious) turut diintegrasikan dalam Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik (STEM) supaya melalui estetika dan kreativiti, minat kanak-kanak terhadap bidang STEM dapat dipupuk dengan lebih mudah terutamanya melalui pendekatan “belajar sambil bermain”. Nilai murni seperti kasih sayang, baik hati, bekerjasama dll. turut dijadikan sebahagian daripada STEM kerana nilai adalah asas kepada kemenjadian kanak-kanak di masa akan datang.

Oleh itu, diharap Pendidikan STREAM ini dapat dikembangkan dan diaplikasikan dengan berkesan di Tabika KEMAS seluruh Malaysia, sekaligus memberi pendedahan kepada kanak-kanak Tabika KEMAS untuk lebih bersedia masuk ke Tahun Satu. Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam menggubal Pendidikan STREAM di Tabika KEMAS serta sekaligus berjaya membangunan e-STREAM. Semoga terus menghasilkan karya yang berkualiti dan memberi manfaat kepada warga KEMAS, masyarakat serta anak bangsa hingga ke akar umbi.

Sekian.

YB DATO' DR. HAJI ABDUL LATIFF AHMAD
MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
MALAYSIA

YBhg. Dato' Mohamad Yasid bin Bidin
YBHG. DATO' MOHAMAD YASID BIN BIDIN

PRAKATA YBHG. DATO' MOHAMAD YASID BIN BIDIN
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) MALAYSIA

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Segala pujian ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya Pendidikan STREAM dapat dihasilkan sebagai wacana menjadikan Tabika KEMAS sebagai Pilihan Utama Ibubapa.

Garapan Pendidikan STREAM sebagai sebahagian daripada aktiviti di Pusat Pembelajaran yang bertemakan “Aviation” dalam Modul Keyakinan Diri adalah tepat pada masanya kerana keseimbangan intelek, rohani dan emosi amat diperlukan dalam melahirkan generasi berminda kelas pertama pada masa akan datang. Kejayaan KEMAS melaksanakan Pendidikan STREAM bertemakan “Aviation” menggunakan strategi di Pusat Pembelajaran di Tabika KEMAS Al-Ghazale, Chabau, Melaka dilihat sebagai pemangkin utama untuk memperluaskan pelaksanaan Pendidikan STREAM di Tabika KEMAS seluruh Malaysia.

Teknologi merupakan alat yang tidak boleh dinafikan kepentingannya dalam pendidikan mahupun kehidupan seharian. Selari dengan itu, e-STREAM telah dibangunkan dengan kerjasama pakar-pakar akademik dalam usaha menjadikan Pendidikan STREAM di Tabika KEMAS lebih bermakna. Aplikasi secara offline ini dibangunkan supaya ianya boleh diakses tanpa internet oleh semua Tabika KEMAS seluruh Malaysia.

Dengan terhasilnya Pendidikan STREAM serta e-STREAM ini, adalah diharapkan ianya digunakan sebaik-baiknya oleh semua pihak untuk mencapai keberhasilan kanak-kanak yang telah disasarkan dan juga ke arah pembelajaran secara digital.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada ASWARA, UPSI, Persatuan Pertubuhan Sekolah Belantara Malaysia serta pihak swasta (CECD Group of Education – CACHE UK) kerana menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada penghasilan Pendidikan STREAM serta e-STREAM ini. Pengorbanan panel penggubal juga perlu diberikan kredit utama dan semoga usaha murni ini memberi manfaat kepada semua pihak. KEMAS akan sentiasa berusaha menghasilkan karya yang berkualiti pada masa akan datang demi kelestarian pendidikan awal kanak-kanak terutamanya di kawasan luar bandar.

Sekian.

YBHG. DATO' MOHAMAD YASID BIN BIDIN
KETUA PENGARAH KEMAS
MALAYSIA

Rakan Strategik

Dr. Connie Shin @ Connie Cassy Ompok

Pensyarah Kanan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Psikologi Dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Awang Anuar bin Sini

Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah, Cawangan Lahad Datu

Abdul Jalil Abdul Amin

Jabatan Pelabuhan Dan Dermaga Sabah, Cawangan Lahad Datu

Jawatankuasa Teknikal

Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi

Pengarah, Kemas Negeri Sabah

Sharulnizam Jantan

Mantan Pengarah, Kemas Negeri Sabah

Ruran Balang

Timbalan Pengarah Pak Kemas Negeri Sabah

Muhammad Abu Bakar

Mantan Timbalan Pengarah Pak, Kemas Negeri Sabah

Zulkefli Ahmad Nazri

Penolong Pengarah Kewangan Kemas Negeri

Mohd Tahir Abd. Rahman

Pegawai Kemas Daerah Lahad Datu

Hajah Zainti Sakang

Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan Unit Pak

Ejanisah Hj. Jassa

Penolong Pegawai PAK SILAM

Sabarman bin Magemba

Pengerusi Tkps Kg. Tabanak

STREAMERS – PIONEERS

Nordiyati @ Ida Mohd. Saidi

Pendidik Masyarakat Tkps Kg. Tabanak

Roslinda Lo

Pendidik Masyarakat Tkps Kg. Tabanak

Norfadilah Ain binti Omar

Pendidik Masyarakat Tkps Kg. Tabanak

Norshiqah binti Mohd. Ardain
Pendidik Masyarakat Tkps Kg. Tabanak

Marneh binti Abdul Jim

Pendidik Masyarakat Tkps Kg. Tabanak

Nordin Bakhtiar

Pendidik Masyarakat Tabika KEMAS Kg Burung Unta B

Khadijah binti Mahani

Pendidik Masyarakat Tkps Kg. Tabanak

Turut Menyumbang

Muhammad Amirul Shazad Shahidan

Lukisan 3D Bangunan Tabika (Bim Modeller)

Yayah Arsad

Mural & Reka Bentuk Fizikal Tabika