Prakata

YB DATO' DR. HAJI ABDUL LATIFF AHMAD

Prakata

PRAKATA YB DATO' DR. HAJI ABDUL LATIFF AHMAD
MENTERI
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (KPLB)

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan izin-Nya, Pendidikan STREAM akhirnya telah berjaya digarap sebagai salah satu aktiviti dalam Modul Keyakinan Diri dengan kerjasama pintar dari pelbagai pihak terutamanya pakar-pakar akademik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.

Pendidikan STEM atau singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik merupakan bidang yang telah diberikan penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah mengukuhkan kualiti serta memupuk kesedaran masyarakat dalam STEM melalui inisiatif Gelombang 1 dan Gelombang 2 Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia (PPPM). Dalam usaha menyokong visi sistem pendidikan bagi memenuhi keperluan negara pada masa depan, KEMAS turut menekankan bidang sains dan matematik kepada kanak-kanak seawal usia selaras dengan Kurikulum Pendidikan Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK).

Selari dengan keperluan semasa, KEMAS telah memperluaskan bidang STEM kepada STREAM, di mana bidang seni (Art) serta nilai murni (Religious) turut diintegrasikan dalam Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik (STEM) supaya melalui estetika dan kreativiti, minat kanak-kanak terhadap bidang STEM dapat dipupuk dengan lebih mudah terutamanya melalui pendekatan “belajar sambil bermain”. Nilai murni seperti kasih sayang, baik hati, bekerjasama dll. turut dijadikan sebahagian daripada STEM kerana nilai adalah asas kepada kemenjadian kanak-kanak di masa akan datang.

Oleh itu, diharap Pendidikan STREAM ini dapat dikembangkan dan diaplikasikan dengan berkesan di Tabika KEMAS seluruh Malaysia, sekaligus memberi pendedahan kepada kanak-kanak Tabika KEMAS untuk lebih bersedia masuk ke Tahun Satu. Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam menggubal Pendidikan STREAM di Tabika KEMAS serta sekaligus berjaya membangunan e-STREAM. Semoga terus menghasilkan karya yang berkualiti dan memberi manfaat kepada warga KEMAS, masyarakat serta anak bangsa hingga ke akar umbi.

Sekian.

YB DATO' DR. HAJI ABDUL LATIFF AHMAD
MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
MALAYSIA

YBhg. Dato' Mohamad Yasid bin Bidin
YBHG. DATO' MOHAMAD YASID bin BIDIN

PRAKATA YBHG. DATO' MOHAMAD YASID bin BIDIN
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) MALAYSIA

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Segala pujian ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya Pendidikan STREAM dapat dihasilkan sebagai wacana menjadikan Tabika KEMAS sebagai Pilihan Utama Ibubapa.

Garapan Pendidikan STREAM sebagai sebahagian daripada aktiviti di Pusat Pembelajaran yang bertemakan “Aviation” dalam Modul Keyakinan Diri adalah tepat pada masanya kerana keseimbangan intelek, rohani dan emosi amat diperlukan dalam melahirkan generasi berminda kelas pertama pada masa akan datang. Kejayaan KEMAS melaksanakan Pendidikan STREAM bertemakan “Aviation” menggunakan strategi di Pusat Pembelajaran di Tabika KEMAS Al-Ghazale, Chabau, Melaka dilihat sebagai pemangkin utama untuk memperluaskan pelaksanaan Pendidikan STREAM di Tabika KEMAS seluruh Malaysia.

Teknologi merupakan alat yang tidak boleh dinafikan kepentingannya dalam pendidikan mahupun kehidupan seharian. Selari dengan itu, e-STREAM telah dibangunkan dengan kerjasama pakar-pakar akademik dalam usaha menjadikan Pendidikan STREAM di Tabika KEMAS lebih bermakna. Aplikasi secara offline ini dibangunkan supaya ianya boleh diakses tanpa internet oleh semua Tabika KEMAS seluruh Malaysia.

Dengan terhasilnya Pendidikan STREAM serta e-STREAM ini, adalah diharapkan ianya digunakan sebaik-baiknya oleh semua pihak untuk mencapai keberhasilan kanak-kanak yang telah disasarkan dan juga ke arah pembelajaran secara digital.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada ASWARA, UPSI, Persatuan Pertubuhan Sekolah Belantara Malaysia serta pihak swasta (CECD Group of Education – CACHE UK) kerana menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada penghasilan Pendidikan STREAM serta e-STREAM ini. Pengorbanan panel penggubal juga perlu diberikan kredit utama dan semoga usaha murni ini memberi manfaat kepada semua pihak. KEMAS akan sentiasa berusaha menghasilkan karya yang berkualiti pada masa akan datang demi kelestarian pendidikan awal kanak-kanak terutamanya di kawasan luar bandar.

Sekian.

YBHG. DATO' MOHAMAD YASID bin BIDIN
KETUA PENGARAH KEMAS
MALAYSIA

Panel Penasihat

Ahmad Kamal Idris Mohd. Nawawi

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)

Anisah Saidin

Pengarah Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Norliza binti Othman

Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan PAK) Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak

Asri Saleh

Mantan Ketua Penolong Pengarah (PAK) Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Nor’ein Mohd. Shukor

Mantan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Latihan dan Pembangunan Profesionalisme

Penyelaras Modul e-STREAM

Siti Norziana binti Abdul Karim

Penolong Pengarah (Kemajuan Kanak-kanak) Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Panel Penasihat Pendidikan STREAM

Pendidikan STREAM (Konsep Rekabentuk Bangunan & Pengisian)

Prof. Madya Dr. Md Nasir Ibrahim

Timbalan Rektor HEA, ASWARA

Dr. Ahmad Nizam Othman

Ketua Jabatan Fakulti Seni dan Pengkomputeran Seni Kreatif, UPSI

Dr. Muhammad Zaffwan Idris

Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif - Jabatan Multimedia Kreatif, UPSI

Dr. Syed Osman bin Syed Yusoff

Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif - Jabatan Multimedia Kreatif, UPSI

Jameyah Sheriff

CECD (CACHE UK)

Panel Penasihat Pendidikan STREAM

Lukisan Mural

Mohd. Safwan Ahmad

Timb. Dekan Fakulti Rekaan Komunikasi Visual, ASWARA

Nawfal B. Mohd Zamri​

Persatuan Pertubuhan Sekolah Belantara Malaysia

Panel Penasihat Pendidikan STREAM

Pembinaan Web e-STREAM

Ts. Jazmi Izwan Jamal

Pensyarah Fakulti Animasi dan Multimedia,
ASWARA

Ts. Noraisyah Rahman

Ketua Program (Permainan Digital) Fakulti Animasi dan Multimedia,
ASWARA

Ts. Marzuki Abdullah

Ketua Program (SKM) Fakulti Animasi dan Multimedia,
ASWARA

Jawatankuasa Teknikal

Ahmad Fakhrul Azman bin Muhammad Radzi

Pengarah, Kemas Negeri Pahang, Pengerusi, Tabika Kemas Pintar Stream Kedah

Dahliah binti Osman

Penolong Pengarah Kanan, Ahli Jawatankuasa Tabika Kemas Pintar Stream Pahang

Ahmad Shaeezan bin Muhammed

Penolong Pengarah Kewangan Dan Pembangunan Kemas Pahang

Fairus bin Ahmad Yusof

Pensyarah Seni, Panel Penasihat Lukisan Mural

Mohammad Nur Faiz bin Mohamad Yusof

Pensyarah Multimedia Interaktif, Panel Penasihat Konsep Dan Reka Bentuk

Dr. Maslan bin Saiyin

Dekan Fakulti Sains Kesihatan Widad University College Kuantan, Panel Penasihat Pakar Akademik

Noor Azizah binti Haji Noorashid

Dekan Fakulti Pendidikan Dan Sains Sosial Widad University College Kuantan, Panel Penasihat Pakar Akademik

Noorjahan binti Sultan

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Jabatan Negeri Pahang, Penasihat Pakar Akademik Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Muhammad Khairul Annuar

Pensyarah Widad University College, Penasihat Pakar Akademik Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Faizatusima binti Idris

Jurulatih Institut Latihan Kemas Kuantan, Panel Penasihat Pakar Akademik Bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Prof. Dato’ Dr. Ariff bin Osman

Timbalan Pengarah Kampus Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Kuantan (UIAM), Panel Pakar Industri

Sharifah Hamila binti Tuan Syed Dabal

Instruktor Klinikal Fakulti Kejururawatan Widad University College, Kuantan, Panel Penasihat Pakar Industri

STREAMERS

Suzana Idayu binti Abdul Shukor

Pegawai Kemas Daerah Kuantan, Penggubal

Robeah binti Barmawi

Penyelia Pendidikan Awal Kanak-kanak Kemas Parlimen Kuantan, Penggubal

Norzalinda binti Kamaluddin

Penyelia Pendidikan Awal Kanak-kanak Kemas Parlimen Indera Mahkota, Penggubal

Mohd Zaiful Zahari bin Awang Zakaria

Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak Kemas Pahang, Penggubal

Herni Yusnita binti Hamdan
Pemaju Masyarakat Tabika Kemas Ilk Kuantan, Penggubal

Shapurawati binti Muda

Pemaju Masyarakat Tabika Kemas Ilk Kuantan, Penggubal

Nurul Khairunnisa binti Mohd Khusaini

Pemaju Masyarakat Tabika Kemas Kempadang, Kuantan, Penggubal

Hayati binti Abdul Rahman

Pemaju Masyarakat Tabika Kemas Seri Teruntum, Penggubal

Nur Wahida binti Ahmad

Pemaju Masyarakat Tabika Kemas Kompleks Perumahan Pak Mahat, Kuantan, Penggubal

Fatimah Adilah binti Mohd Nazmi

Pemaju Masyarakat Tabika Kemas Lorong Pak Mahat, Kuantan, Penggubal

Saifuddin bin Salam

Pembantu Pembangunan Masyarakat Unit Pembangunan Kemas Pahang, Turut Menyumbang