Pengenalan
Alam semesta menyimpan banyak rahsia yang penuh dengan misteri. Fenomena-fenomena yang telah dan akan berlaku seperti gerhana matahari dan bulan, komet, meteor, aurora dan sebagainya masih lagi menyimpan berbagai rahsia. Perkara ini telah menjadi cabaran kepada ahli-ahli sains untuk mengkaji dan menganalisis kajian yang berkaitan dengan alam semesta. Sehinggakan ada manusia yang merasa takjub dan kagum dengan kehebatan alam semesta ini. Sebenarnya apa yang mereka lihat dan saksikan adalah sebagai satu bukti dan tanda adanya Pencipta yang Maha Esa dan Maha Bijaksana. Oleh itu, marilah kita sama-sama menjelajah alam semesta ini, supaya kita dapat menggambarkan betapa luasnya alam semesta ini menerusi ilmu astronomi.
Perkataan astronomi secara etimologi berasal daripada bahasa Yunani iaitu astronomus yang bermaksud perihal bintang-bintang. Manakala perkataan ‘nomi’ pula bermaksud Ilmu, maka astronomi bermaksud ilmu bintang. Menurut bahasa Arab pula, perkataan astronomi disebut sebagai ilmu falak. Seterusnya dari segi bahasa, perkataan astronomi didefinisikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai ilmu falak iaitu pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian terhadap kedudukan, pergerakan dan perkiraan serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang. Kamus Dewan selanjutnya mentakrifkan lafaz falak sebagai bulatan langit, lengkung langit dan cakerawala. Ia juga bererti kajian saintifik tentang bintang, matahari, bulan dan planet yang terdapat dalam alam semesta.
Dari segi istilah pula, Dictionary of Astronomy mentakrifkannya sebagai pengajian yang berkaitan dengan ruang angkasa sama ada perjalanan jasad-jasad samawi termasuk meteor dan komet, fenomena yang berlaku di atas atmosfera bumi serta asal usul alam semesta.
Hari ini jutaan manusia di seluruh dunia menggunakan kemajuan hasil dari penyelidikan astronomi dan sains angkasa untuk meningkatkan kualiti harian mereka tanpa mereka sedar. Seorang ahli astronomi adalah seorang ahli sains yang mengkaji mengenai jasad cakerawala seperti matahari, bulan, planet, bintang, dan galaksi.
Secara umumnya mengikut sejarah, bidang astronomi difahamkan lebih kepada pengelasan dan gambaran fenomena di langit. Ahli astronomi profesional biasanya difahami sebagai individu yang berpendidikan tinggi serta mempunyai kelayakan Doktor Falsafah (PhD) di dalam bidang fizik di mana mereka biasanya akan berkerja di institusi penyelidikan, balai cerap atau universiti. Mereka menghabiskan sebahagian besar masa mereka bekerja melakukan penyelidikan dan pembangunan inovasi. Mereka juga mempunyai tanggungjawab lain seperti mengajar, membina peralatan, atau menolong operasi sebuah balai cerap.
Sejarah telah memperlihatkan ketokohan ahli-ahli Astronomi sama ada di dunia Islam atau Barat. Contoh ahli Astronomi di dunia Islam adalah seperti AL KHAWARIZMI, IBNU AL SYATIR, AL FARGHANI dan AL BIRUNI. Manakala di dunia Barat pula seperti CORPENICUS, JOHANNES KEPLER, GALILIEO GALILIE DAN ISAAC NEWTON. Kesemua tokoh-tokoh ini telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan astronomi.
Di Malaysia, terdapat juga tenaga pakar yang terlatih dalam bidang Astronomi untuk membuat kajian-kajian ilmian terutamanya yang berkaitan fizik dan urusan ibadah umat Islam. Antaranya pencerapan dan kajian gerhana matahari dan bulan, lohong hitam, galaksi dan bintang, menentukan dan memastikan arah kiblat di permukaan bumi, pengiraan waktu solat dan menentukan awal bulan hijriah.
Terdapat 3 Fasa yang diketengahkan dalam astronomi di Tabika KEMAS STREAM Johor ini iaitu:
- Fasa 1 Pekerjaan
- Fasa 2 Sistem suria
- Fasa 3 Buruj
Objektif
- Sabah meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut China Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Sulawesi di sebelah selatan
- Perkapalan merupakan salah satu medium pengangkutan yang sangat penting di Sabah
- Akses utama terhadap lebih daripada 40 pulau yang menarik di Sabah
- Laluan utama kapal-kapal dalam dan luar negara