Journey to STREAM Education

Pengenalan

Pengenalan

Tema yang diberi adalah “Oil and Gas (Upstream)” Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara kepulauan Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan  Laut China Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan  Laut Sulawesi di sebelah selatan. Ianya bersempadan dengan Negeri Sarawak di sebelah Barat Daya sementara Kalimantan, Indonesia pula di sebelah selatannya. Selain daripada itu Negeri Sabah juga mempunyai lebih daripada 40 buah pulau yang menarik termasuklah Pulau Sipadan yang merupakan satu-satunya pulau lautan dalam di Malaysia

Objektif

• Sabah meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut China Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Sulawesi di sebelah selatan

• Perkapalan merupakan salah satu medium pengangkutan yang sangat penting di Sabah

• Akses utama terhadap lebih daripada 40 pulau yang menarik di Sabah

• Laluan utama kapal-kapal dalam dan luar negara

Pengenalan

Perancangan

TABIKA KEMAS Sabah merupakan TABIKA KEMAS Pintar STREAM ketiga yang dirasmikan YB Menteri Pembangunan Luar Bandar. TABIKA KEMAS Sabah ini dijenamakan sebagai TABIKA KEMAS Pintar STREAM (Marin) dilengkapi dengan rekacipta marin yang sesuai dengan usia kanak-kanak 4 – 6 tahun. Bahan kitar semula turut digunakan dalam memberikan pendedahan kepada kanak-kanak berkaitan dengan fungsi teknologi dan kerjaya marin dalam kehidupan seharian.

Mereka diberi peluang merekacipta berdasarkan minat sekaligus membina asas yang kukuh dalam bidang matematik, sains, teknologi rekabentuk dan ICT melalui kemahiran hands on sepanjang aktiviti Modul e-STREAM (Marin) dijalankan. Penglibatan ibubapa dalam aktiviti Modul e-STREAM (Marin) merupakan nilai tambah utama dalam usaha memperkukuhkan simbiosis ibubapa/ masyarakat dengan pihak tabika.

Perancangan Awal

Perancangan pengisian serta reka bentuk Tabika KEMAS Pintar STREAM dibincangkan bersama pegawai serta kakitangan KEMAS yang terdiri daripada Jurulatih Institut / Pusat Latihan, Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pemaju Masyarakat, pegawai dari Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Ibu Pejabat serta KEMAS Negeri dan Daerah. Kerjasama pintar bersama pakar akademik dari universiti tempatan (UPSI dan ASWARA), NGO (Persatuan Pertubuhan Sekolah Belantara Malaysia) serta pihak swasta (CECD Group of Education (CACHE UK)) turut dilibatkan semasa proses perancangan.

Bengkel Siri 1

Pada 9 Mac 2017, bengkel bersama pegawai-pegawai KEMAS dan tenaga pakar akademik daripada UPSI telah melakarkan deraf 3D layout rekaan luaran dan dalaman Tabika KEMAS Pintar STREAM. Insipirasi rekaan bertemakan marin membentuk suasana pembelajaran di kawasan lapangan terbang. Pelan lantai bagi pusat pembelajaran berdasarkan fungsi.

Pusat Nama Pusat Fungsi
Bahasa Reading Room Membantu meningkatkan serta merangsang perkembangan literasi
Penerokaan Discovery Meneroka dan melakukan eksperimen berdasarkan tema
Kraf dan Kreatif Let's Get Crafty Melaksanakan aktiviti kraf dan seni visual
Block dan Puzzle Innovation Merangsang kanak-kanak berinovasi menggunakan LEGO, blok, puzzle, dan lain-lain
Drama • Dramatic Play
• Simulator Cabin
Merangsang dan mengalakkan elemen main peranan dan komunikasi dalam diri kanak-kanak
Outdoor Learning Centre Outdoor Learning Centre Kajian lapangan @ field work di luar kelas

Bengkel Siri 2

Pada 31 Mac 2017, Bengkel Siri 2 dilangsungkan bersama pegawai-pegawai KEMAS dan tenaga pakar akademik daripada UPSI melaksanakan penambahbaikan pada perspective layout dan cadangan warna luaran dan dalaman Tabika KEMAS Pintar STREAM yang sesuai. Penambahbaikan kepada susun atur pelan lantai bagi pusat pembelajaran. Namun, fungsi setiap pusat dikekalkan.

Reading Room
Pusat bagi mempelajari kemahiran membaca dan menulis berkaitan marin

Contoh : Kanak-kanak menceritakan semula buku yang dibaca dihadapan rakan lain.

Discovery
Pusat penerokaan berkaitan marin

Contoh : Kanak-kanak meneroka pelbagai jenis model pengangkutan laut dan berkongsi pengalaman sedia ada bersama rakan.

Let's Get Crafty dan Innovation
Pusat kreativiti kanak-kanak

Contoh : Kanak-kanak menzahirkan idea kreatif menggunakan blok (lego) dan melalui seni lukis.

Dramatic Play
Pusat untuk melakonkan semula peranan/ watak berkaitan tema. Pakaian seragam direkabentuk khas mengikut aspirasi kanak-kanak semasa aktiviti di kelas

Contoh : Kanak-kanak berkomunikasi memainkan watak masing-masing seperti askar maritim, dll.

Simulator Cabin
Simulator Cabin merupakan sebahagian daripada Pusat Dramatic Play bagi memberi peluang kepada kanak-kanak berkomunikasi serta bersosialisasi mengikut watak masing-masing.

Pembinaan Pusat Pembelajaran

Pembinaan Pusat Pembelajaran

Pada 29 April 2017, Pusat Pembelajaran Tabika KEMAS Pintar STREAM telah dinaiktaraf dengan membina ruang tambahan yang seterusnya dijadikan "simulator cabin". Pada Fasa 2 iaitu pada Mei - Jun 2017, proses perancangan diteruskan dengan kolaborasi dari UPSI, ASWARA, dan juga NGO.

Penjenamaan Logo

Penjenamaan Logo

• Logo KEMAS Airlines disediakan oleh pakar akademik dari Fakulti Seni, Komputer dan Industri Kreatif, UPSI

• Logo ini gabungan daripada huruf K dan A (KEMAS Airlines)

Aktiviti Kanak-Kanak

Aktiviti Kanak-Kanak

Mulai 13 Jun 2017, kanak-kanak telah memulakan aktiviti dengan jayanya di pusat pembelajaran setelah proses menyiapkan Tabika KEMAS Pintar STREAM selesai.