Journey to STREAM Education

Pengenalan

Pengenalan

KEMAS telah mengambil inisiatif memperluaskan bidang STEM kepada STREAM, di mana bidang seni (Art), serta nilai murni (Religions) turut diintegrasikan dalam Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik (STEM) supaya melalui estetika dan kreativiti, minat kanak-kanak terhadap bidang STEM dapat dipupuk dengan lebih mudah terutamanya melalui pendekatan "belajar melalui bermain". Nilai murni seperti kasih sayang, baik hati, bekerjasama turut dijadikan sebahagian daripad STEM kerana nilai ialah asas kepada kemenjadian kanak-kanak pada masa akan datang. Hasrat memperkenalkan Pendidikan STREAM ini sejajar dengan pengumuman Yang Berhormat (YB) Menteri Pembangunan Luar Bandar semasa lawatan ke TABIKA KEMAS Otak Lempit pada 7 Jun 2018. TABIKA Institut Latihan KEMAS, Kuantan telah dipilih untuk projek rintis STREAM bagi mewakili negeri Pahang yang mana STREAM diintegrasikan dalam aktiviti pembelajaran seterusnya dijenamakan sebagai TABIKA KEMAS Pintar STREAM (TKPS) bertemakan “Medical Science”. Pemilihan tema turut dipengaruhi oleh persekitaran sebagai sumber rujukan atau rakan strategik iaitu Universiti Islam Antarbangsa (UIA) dan Kolej Universiti Widad (WIDAD) yang menawarkan kursus perubatan. Pendidikan STREAM di TABIKA KEMAS menekankan konsep pembelajaran secara "open space" serta mengaplikasikan strategi pengajaran di Pusat Pembelajaran. Insipirasi rekaan bertemakan Medical Science membentuk suasana pembelajaran di kawasan hospital dan pelan lantai bagi Pusat Pembelajaran berdasarkan fungsi.

. Bertemakan Eco-Education, TABIKA KEMAS Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM 2), Ayer Hitam Kedah merupakan Tabika KEMAS keempat yang menjalani penjenamaan pada tahun berikutnya.

Objektif

• Menarik minat kanak-kanak terhadap subjek berkaitan STREAM terutamanya Tunjang Sains dan Teknologi

• Merupakan panduan kepada Pemaju Masyarakat untuk merangka proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan STREAM dengan lebih berkesan

• Membudayakan Pembelajaran Abad ke-21 dan sekaligus melahirkan kanak-kanak serta Pemaju Masyarakat yang mempunyai ciri-ciri kemahiran Abad ke-21

• Memupuk kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan

• Memberi pendedahan awal dan memupuk minat terhadap kerjaya bidang perubatan

Pengenalan

Perancangan

TABIKA KEMAS Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM 2), Ayer Hitam Kedah merupakan TABIKA KEMAS Pintar STREAM keempat yang dirasmikan YB Menteri Pembangunan Luar Bandar. TABIKA KEMAS Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM 2) ini dijenamakan sebagai TABIKA KEMAS Pintar STREAM (Medical Science) dilengkapi dengan elemen mesra alam yang sesuai dengan usia kanak-kanak 4 – 6 tahun. Bahan kitar semula turut digunakan dalam memberikan pendedahan kepada kanak-kanak berkaitan dengan fungsi teknologi mesra alam dalam kehidupan seharian.

Mereka diberi peluang merekacipta berdasarkan minat sekaligus membina asas yang kukuh dalam bidang matematik, sains, teknologi rekabentuk dan ICT melalui kemahiran hands on sepanjang aktiviti Modul e-STREAM (Medical Science) dijalankan. Penglibatan ibubapa dalam aktiviti Modul e-STREAM (Medical Science) merupakan nilai tambah utama dalam usaha memperkukuhkan simbiosis ibubapa/ masyarakat dengan pihak TABIKA.

Perancangan Awal

Perancangan pengisian serta reka bentuk TABIKA KEMAS Pintar STREAM dibincangkan bersama pegawai serta kakitangan KEMAS yang terdiri daripada Jurulatih Institut Latihan, Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pemaju Masyarakat, pegawai dari Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Ibu Pejabat serta KEMAS Negeri dan Daerah. Kerjasama pintar bersama pakar akademik dari universiti tempatan iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Kolej Universiti Widad, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN).

Bengkel Siri 1

Pada 22 Januari 2019, Bengkel penerangan mengenai projek rintis dan lawatan tapak (TKPS) oleh Penolong Pengarah BPAK KEMAS negeri Pahang bersama kakitangan KEMAS termasuk Pemaju Masyarakat yang terlibat dengan TABIKA KEMAS Pintar STREAM (TKPS) dan tenaga pakar akademik daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Kolej Universiti Widad (WIDAD) dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN).

Pusat Nama Pusat Fungsi
Bahasa Reading Room Membantu meningkatkan serta merangsang perkembangan literasi
Penerokaan Discovery Meneroka dan melakukan eksperimen berdasarkan tema
Kraf dan Kreatif Let's Get Crafty Melaksanakan aktiviti kraf dan seni visual
Block dan Puzzle Innovation Merangsang kanak-kanak berinovasi menggunakan LEGO, blok, puzzle, dan lain-lain
Drama • Dramatic Play
• Simulator Cabin
Merangsang dan mengalakkan elemen main peranan dan komunikasi dalam diri kanak-kanak
Outdoor Learning Centre Outdoor Learning Centre Kajian lapangan @ field work di luar kelas

Bengkel Siri 2

Pada 28-30 Januari 2019, penerangan mengenai pelaksanaan TABIKA KEMAS Pintar STREAM (TKPS) dan penerangan mengenai pembentukan modul STREAM oleh KEMAS Ibu Pejabat. Melibatkan pegawai KEMAS setiap negeri juga Pemaju Masyarakat TABIKA KEMAS Pintar STREAM (TKPS) dan rakan strategik yang terdiri daripada pakar akademik daripada pelbagai bidang. Pembentukan modul STREAM merangkumi Pusat Pembelajaran dan Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran (RPP).

Reading Room
Pusat bagi mempelajari kemahiran membaca dan menulis berkaitan pengangkutan udara.

Contoh : Kanak-kanak menceritakan semula buku yang dibaca dihadapan rakan lain

Discovery
Pusat penerokaan berkaitan pengangkutan udara

Contoh : Kanak-kanak meneroka pelbagai jenis model pengangkutan udara dan berkongsi pengalaman sedia ada bersama rakan.

Let's Get Crafty dan Innovation
Pusat kreativiti kanak-kanak

Contoh : Kanak-kanak menzahirkan idea kreatif menggunakan blok (lego) dan melalui seni lukis.

Dramatic Play
Pusat untuk melakonkan semula peranan/ watak berkaitan tema. Pakaian seragam direkabentuk khas mengikut aspirasi kanak-kanak semasa aktiviti di kelas.

Contoh : Kanak-kanak berkomunikasi memainkan watak masing-masing seperti pramugara / pramugari / juruterbang dll.

Outdoor Learning Centre
Lokasi semasa aktiviti rutin – diintegrasikan dengan Modul Keyakinan Diri

Contoh : Kanak-kanak diberi peluang mengetuai bacaan doa semasa sarapan pagi.

Simulator Cabin
Simulator Cabin merupakan sebahagian daripada Pusat Dramatic Play bagi memberi peluang kepada kanak-kanak berkomunikasi serta bersosialisasi mengikut watak masing-masing.

Pembinaan Pusat Pembelajaran

Pembinaan Pusat Pembelajaran

Pada Jun 2019, Pusat Pembelajaran TABIKA KEMAS Pintar STREAM (TKPS) telah dinaiktaraf dengan membina ruang tambahan bertemakan Medical Science. Projek naiktaraf memakan masa hampir setahun dan dalam tempoh masa tersebut aktiviti PdP dilaksanakan di rumah tamu dalam Institut Latihan KEMAS.

Penjenamaan Logo

• Logo direka oleh pakar akademik dari Fakulti Seni, Komputer dan Industri Kreatif, UPSI

• Ianya direka dengan mengekalkan warna korporat KEMAS dan bermotifkan mesra alam serta sering dikaitkan dengan kanak-kanak

Senarai Rakan Strategik

Penjenamaan Logo

•  Universiti Islam Antarabangsa, (UIA) Kuantan, Pahang
•  Widad University Colleges (WIDAD)
•  Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN-KPM)
•  Institut Latihan KEMAS (ILK), Kuantan
Aktiviti Kanak-Kanak

Aktiviti Kanak-Kanak

Mulai 13 Jun 2017, kanak-kanak telah memulakan aktiviti dengan jayanya di pusat pembelajaran setelah proses menyiapkan Tabika KEMAS Pintar STREAM selesai.