Pengenalan
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Pulau Pinang telah memilih tema Sains Akuatik di atas faktor kedudukan Negeri Pulau Pinang ini sendiri yang di kelilingi oleh lautan dan juga kepentingan sumber hidupan akuatik kepada manusia dan alam sekitar. 71% daripada permukaan bumi terdiri daripada air, ekosistem akuatik dan persekitaran adalah ekosistem yang utama yang terdapat di bumi ini. Oleh itu, biologi akuatik dan biologi alam sekitar adalah saling berkait rapat diantara satu sama lain
Ekosistem akuatik terletak dalam persekitaran yang berair (persekitaran akuatik) dan meliputi lebih daripada 71% permukaan bumi. Contoh ekosistem akuatik termasuklah tasik, kolam, rawa, sungai, estuari dan lautan terbuka. Terdapat dua jenis ekosistem akuatik iaitu ekosistem laut dan ekosistem air tawar. Perbezaan utama antara kedua-dua jenis ekosistem akuatik adalah kemasinan (saltiness) air yang terdapat dalam ekosistem. Jumlah garam dalam air sangat memberi kesan kepada jenis spesis yang boleh hidup dalam persekitaran akuatik tersebut. Ekosistem marin terletak di lautan seluruh dunia dan menyediakan habitat untuk pelbagai jenis organisma khusus daripada plankton kecil sehingga makhluk gergasi iaitu ikan paus. Air marin (air masin) terdapat dalam kebanyakan persekitaran akuatik. Ekosistem marin banyak dipengaruhi oleh kedalaman air, suhu dan ketersediaan cahaya.
Ekosistem air tawar dicirikan oleh air bukan saline (air tanpa garam). Ekosistem air tawar seperti sungai dan tasik meliputi kurang 1% daripada permukaan bumi tetapi adalah rumah kepada banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang terdedah, termasuk 41% daripada semua spesis ikan. Berdasarkan huraian ekosistem di atas dapatlah kita simpulkan bahawa Sains Akuatik ini sebenarnya adalah satu tema sangat unik dan berbeza sekali dengan tema-tema yang lain di mana melalui Sains Akuatik ini kanak-kanak didedahkan dengan pembelajaran menyeluruh tentang segala kajian air di muka bumi yang mana kanak-kanak akan mendalami tentang segala hidupan akuatik yang terdapat di laut, sungai , tasik, air tawar dan sebagainya. Sains Akuatik juga merangkumi segala jenis hidupan akuatik yang hidup didalam air sepanjang hayatnya. Hidupan akuatik terdiri daripada kumpulan ikan, tumbuhan akuatik, krustasia, molluska, amfibia dan reptilia.
Kumpulan ikan terdiri daripada kumpulan ikan yang menpunyai tulang belakang. Ciri-ciri kumpulan ikan adalah hidup didalam air samada laut atau di air tawar, menpunyai sisik dan berlendir, menpunyai sirip untuk bergerak, bernafas melalui insang, membiak secara bertelur dan berdarah sejuk.
Tumbuhan akuatik merupakan sejenis tumbuhan yang dapat hidup didalam air seperti rumpai air, rumput dan kiambang dengan fungsi yang khusus pada habitat semulajadi. Bagaimanapun sekarang tumbuhan akuatik ini telah dikomersialkan untuk digunakan didalam akuarium ikan hiasan bagi tujuan mencantikkan lagi daya tarikan akuarium. Dalam pada itu, tumbuhan akuatik juga dikomersilkan dan dijual dalam industri hobi memelihara ikan hiasan dalam akuarium sebenarnya menpunyai pelbagai fungsi. Antara fungsi utamanya adalah seperti mencantikkan akuarium, menjadi sumber pembekal gas CO2 iaitu karbon dioksida yang dilepaskan oleh ikan. Tumbuhan akuatik ini juga menjadi sumber makanan bagi sesetengah spesis ikan yang memakan daun atau rumput dan juga menjadi tempat bagi ikan-ikan berlindung dan bermain-main serta menjadi tempat untuk bertelur.
Krustasia adalah beberapa hidupan laut daripada pelbagai kumpulan haiwan invertebrat berkulit keras seperti ketam, udang, udang kara, yang merupakan sumber pemakanan kepada manusia dan ianya hidup di dimana aja dilaut samaada dari cetek ke tempat laut dalam. Krustasia adalah sangat penting untuk kehidupan laut yang lain, dengan krill, udang, ketam dan krustasia lain berkhidmat sebagai mangsa untuk haiwan laut seperti ikan paus, pinnipeds dan ikan-ikan yang lain.
Molluska terdiri daripada haiwan tanpa tulang yang dikenali sebagai nama siput dan mewakili kumpulan dwicangkerang adalah termasuk haiwan yang menpunyai dua cengkerang seperti tiram dan kepah. Manakala gastrapod pula adalah haiwan yang menpunyai satu cengkerang seperti kekatup dan sotong yang mana tubuhnya sangat lembut.
Amfibia adalah ektothermik (berdarah sejuk), vertebrata tetrapod (empat anggota) kelas ambifia. Amfibia biasanya bermula sebagai larva yang hidup didalam air, tetapi beberapa spesis telah membangunkan penyesuaian tingkah laku untuk memintas ini. Yang masih kecil umumnya menjalani metamorfosis dari larva dengan insang kepada bentuk berhawa pernafasan dewasa dengan paru-paru. Diantara haiwan amfibia ialah katak.
Reptilia adalah benda hidup yang tergolong dalam hidupan di air dan kumpulan haiwan yang menpunyai tulang belakang. Ciri-ciri haiwan reptilia adalah seperti berikut kulit bersisik kering, bernafas melalui peparu, biasanya bertelur dan telur bercengkerang keras. Sesetengah reptilia menpunyai empat dan sesetengah tiada kaki. Berdarah sejuk ( suhu badan berubah mengikut suhu persekitaran ). Antara haiwan reptilia yang terdapat di hidupan air adalah buaya, ular air dan sebagainya.
Melalui tema Sains Akuatik ini, elemen pendidikan STREAM ( Science, Technology, Religioun, Engineering, Arts dan Mathematics) akan diterapkan dalam setiap learning centre berdasarkan kepada rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah disediakan dan setiap learning centre tersebut saling berkait rapat diantara satu sama lain bagi memastikan kesinambungan setiap pembelajaran dan pengajaran tersebut mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kanak-kanak akan diberikan pendedahan tentang segala hidupan akuatik yang terdapat dalam hidupan ini melalui rancangan pembelajaran yang telah dirancang mengikut 3 fasa yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak 4+ dan 5+ bagi menarik minat dan merangsang idea yang lebih kreatif kepada kanak-kanak tentang hidupan akuatik ini. Setelah kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai jenis hidupan akuatik, habitat, pembiakan dan pemakanan hidupan akuatik, kanak-kanak juga akan diterapkan tentang cara-cara untuk melindungi hidupan akuatik ini daripada pupus. Umumnya kita semua sedia maklum antara punca-punca kepupusan haiwan akuatik ini adalah pencemaran air disebabkan oleh tumpahan minyak dilautan dan kegiatan manusia yang sering mengotorkan laut atau sungai seperti membuang sampah sarap yang tidak dikehendaki kedalam laut atau sungai, kerja-kerja pengorek dan tambakan laut dan sebagainya.
TABIKA KEMAS Pintar STREAM yang bertemakan Sains Akuatik ini juga telah dirancang dan diolah dalam beberapa proses ubah suai daripada aspek dalaman dan luarannya. Proses ini telah dilakukan bagi memfokuskan kanak -kanak kepada dunia hidupan akuatik. Ia dapat dilihat daripada segi mural dan bangunan yang telah dibuat penambahan. Ini penting bagi membolehkan kanak-kanak untuk merasai seolah-olah mereka berada di dalam suasana Sains Akuatik yang sebenar dan realiti. Dunia Sains Akuatik ini sebenarnya amatlah luas dan pembelajaran boleh diaplikasikan dalam pelbagai kaedah, teknik dan strategi pembelajaran yang mampu membolehkan kanak-kanak untuk berfikir di luar kotak di samping penerapan eleman STREAM dalam diri kanak-kanak. Dunia kanak-kanak adalah dunia yang paling menyeronokkan dan sekiranya kanak-kanak berupaya merangsang dan menjana idea mereka dalam setiap pembelajaran yang dipelajari tentu ianya akan menjadi satu kenangan dan saat yang terindah dalam hidup mereka.
Objektif
- Menarik minat kanak-kanak terhadap subjek berkaitan STREAM terutamanya Tunjang Sains dan Teknologi
- Sebagai panduan kepada Pendidik Masyarakat (PM) untuk merangka proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan STREAM dengan lebih berkesan
- Membudayakan Pembelajaran Abad ke-21 dan sekaligus melahirkan kanak-kanak serta PM yang mempunyai ciri-ciri kemahiran Abad ke-21