C08   |   Outdoor LC  Laju Robotku Laju  Strategi Pelaksanaan

Outdoor Learning Centre

Laju
Robotku Laju



Strategi Pelaksanaan


NAMA PUSAT            OUTDOOR LEARNING CENTRE

PUSAT / FUNGSI       FIZIKAL

TAJUK / TEMA          LAJU ROBOTKU LAJU

1Standard Kandungan

FK 2.2   Melakukan pelbagai pergerakan lokomotor

2Standard Pembelajaran

FK 2.2.3    Melakukan pergerakan lokomotor dalam pelbagai :

i.    Arah

ii.    Aras

iii.    Laluan

iv.    Kelajuan

3STREAM

S    Meneroka dan berkongsi idea mengenai menara kawalan kapal terbang (panjang pendek, kepadatan)

T    Melakukan pemilihan bahan untuk menghasilkan model menara kawalan daripada bahan kitar semula

R    Mengamalkan sikap toleransi dalam pergaulan

E    Mencantumkan setiap bahagian untuk membina menara kawalan

A    Menggunakan pelbagai bahan mengikut kreativiti kanak-kanak. Menghasilkan lakaran rekabentuk dan pembinaan model

M    Mengenal pasti kedudukan objek dan mengikut pola untuk menghasilkan rekacipta

4Alat Bantu Mengajar (ABM)

1.    Jam tangan robot

2.    Kon dan gelung

3.    Bola ping pong

5Nilai Murni

Kanak-kanak dapat mengamalkan sikap sabar dan bersungguh-sunguh semasa melakukan aktiviti   

6Strategi Pelaksanaan

1.    Kanak-kanak di bawa ke luar kelas dan membuat aktiviti regangan

2.    Sambil bersenam, kanak-kanak menyanyikan lagu

3.    Kanak-kanak dibahagikan kepada 3 kumpulan secara berbaris

4.    Guru menerangkan cara permainan ‘Laju Robotku Laju”

5.    Kanak-kanak dikehendaki menggunakan tangan robot sambil memegang bola ping pong. Apabila wisel dibunyikan kanak-kanak hendaklah bergerak ke hadapan menuju garisan penamat dan berpatah balik menuju kanak-kanak dala kumpulan mereka

6.    Perlumbaan diteruskan sehingga semua kanak-kanak berpeluang mengikuti perlumbaan ini

7.    Selepas tamat perlumbaan,kanak-kanak berkumpul dan guru mengucapkan kepada kanak-kanak yang berjaya

Klik di sini untuk memuat turun kandungan SP ini