C08   |   Outdoor LC  Zass 1, 2, 3 Lari  Strategi Pelaksanaan

Outdoor Learning Centre

Zass
1, 2, 3 Lari



Strategi Pelaksanaan


NAMA PUSAT            OUTDOOR LEARNING CENTRE

PUSAT / FUNGSI       AKTIVITI LUAR

TAJUK / TEMA          ZASS 1, 2, 3 LARI

1Standard Kandungan

FK 2.2   Melakukan pelbagai pergerakan lokomotor<

2Standard Pembelajaran

FK 2.2.1   Melakukan pergerakan berlari

3STREAM

S    Kanak-kanak dapat mempelajari tentang kelajuan semasa membuat aktiviti lumba kereta robot

T    Kanak-kanak menggunakan robot yang diperbuat daripada kotak terpakai untuk perlumbaan kereta robot

R    Kanak-kanak bekerjasama dalam kumpulan semasa aktiviti dijalankan

E    Kanak-kanak dapat memahami pergerakan kereta robot

A    Kanak-kanak menggunakan kreativiti mereka untuk sampai ke garisan penamat mengikut kreativiti mereka

M    Kanak-kanak memahami konsep bilangan semasa memulakan perlumbaan aktiviti Zass 1, 2, 3

4Alat Bantu Mengajar (ABM)

1.    Kotak bentuk kereta (3 buah)

2.    Wisel

3.    Gelung

5Nilai Murni

Kanak-kanak dapat mempelajari tentang kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah   

6Strategi Pelaksanaan

1.    Kanak-kanak dan guru membuat aktiviti memanaskan badan

2.    Kanak-kanak dibahagikan kanak-kanak 3 kumpulan

3.    Kanak-kanak diberi penerangan cara bermain Zass 1, 2, 3

4.    Guru menunjukkan kotak kereta robot untuk kanak-kanak pakai semasa perlumbaan robot kereta

5.    Guru menunjukkan cara bermain zass 1,2,3

6.    Cara permainan :

i.     Guru merekod setiap perbualan mengenai lakaran yang dibuat oleh kanak-kanak diatas kertas mereka

ii.    Apabila wisel ditiup kanak-kanak barisan pertama berlari dengan gaya tersendiri dengan memakai robot kereta berpatah balik ke kanak-kanak kedua

iii.    Apabila wisel ditiup kanak-kanak barisan pertama berlari dengan gaya tersendiri dengan memakai robot kereta berpatah balik ke kanak-kanak kedua

iv.    Aktiviti ini diulangi sehingga semua kanak-kanak terlibat

7.    Guru bersoal jawab tentang aktiviti yang telah dijalankan

Klik di sini untuk memuat turun kandungan SP ini