C06   |   Innovation LC  Robot Luncur  Strategi Pelaksanaan

Innovation Learning Centre

Robot
Luncur



Strategi Pelaksanaan


NAMA PUSAT            INNOVATION LEARNING CENTRE

PUSAT / FUNGSI       BLOK DAN PUZZLE

TAJUK / TEMA          ROBOT LUNCUR

1Standard Kandungan

MA 1.4    Mengecam dan membina pola

KE 3.3    Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya seni (ekspresi kreatif)

2Standard Pembelajaran

MA 1.4.4    Menghasilkan pola mengikut kreativiti sendiri

KE 3.3.6    Menghasilkan karya kreatif menggunakan bahan kitar semula

3STREAM

S    Kanak-kanak dapat membuat pemerhatian terhadap pergerakan robot

T    Kanak-kanak mengunakan pelbagai media untuk menghasilkan robot luncur

R    Kanak-kanak menunjukkan sikap bekerjasama semasa menjalankan aktiviti

E    Kanak-kanak membuat lakaran reka bentuk robot luncur

A    Kanak-kanak dapat membina hasil binaan kreatif iaitu kotak robot daripada bahan terbuang seperti kotak,straw dan tayar mainan lama

M    Kanak-kanak memahami konsep bilangan bahan-bahan yang diperlukan

4Alat Bantu Mengajar (ABM)

1.    Wayar

2.    Kotak

3.    AA Bateri

4.    Pemegang bateri AA 1.5.3 V DC motor

5.    Straw minuman

6.    Maker Pen

7.    Gunting

8.    Pistol gam

9.    Tayar mainan kereta lama

5Nilai Murni

Kanak-kanak dapat mengamalkan sikap ingin tahu dan bersungguh-sungguh membuat robot menggunakan kotak

6Strategi Pelaksanaan

1.    Kanak-kanak dibawa ke pusat pembelajaran “innovasi”

2.    Kanak-kanak digalakan untuk meneroka robot luncur yang ada pada guru

3.    Kanak-kanak diberikan penerangan bagaiman robot luncur bergerak

4.    Kanak-kanak diberi penerangan tentang bahan-bahan yang akan digunakan untuk menghasilkan robot luncur

5.    Kanak-kanak digalakan memilih bahan yang sesuai untuk membuat robot luncur mengikut kreativiti mereka

6.    Kanak-kanak digalakan melakar design robot luncur mengikut idea mereka

7.    Kanak-kanak menghasilkan robot luncur mengikut kreativiti mereka

8.    Semua hasil robot luncur yang dihasilkan oleh kanak-kanak dipamerkan di pusat pembelajaran

Klik di sini untuk memuat turun kandungan SP ini