C06   |   Innovation LC  Robot Kereta  Strategi Pelaksanaan

Innovation Learning Centre

Robot
Kereta



Strategi Pelaksanaan


NAMA PUSAT            INNOVATION LEARNING CENTRE

PUSAT / FUNGSI       BLOK DAN PUZZLE

TAJUK / TEMA          ROBOT KERETA

1Standard Kandungan

MA 1.1    Memadankan objek

2Standard Pembelajaran

MA 1.1.4    Memadankan objek berdasarkan :

i.    Warna

ii.    Bentuk

iii.    Saiz

3STREAM

S    Kanak-kanak dapat memahami proses membina robot kereta yang bergerak menggunakan tenaga kinetik

T    Kanak-kanak menggunakan pelbagai bahan seperti gunting, pemotong wayar dan solofan pita

R    Kanak-kanak menunjukkan sikap bekerjasama dan toleransi semasa aktiviti dijalankan

E    Kanak-kanak dapat melakar sebuah robot kereta yang bergerak

A    Kanak-kanak dapat menggunakan kreativiti dalam menghasilkan robot kereta

M    Kanak-kanak dapat memahami konsep bilangan bahan yang telah digunakan untuk membina robot kereta

4Alat Bantu Mengajar (ABM)

1.    Gunting

2.    Pita solafan

3.    Gam

4.    Cawan kertas pelbagai warna

5.    Kotak segi empat pelbagai warna

6.    Penutup botol pelbagai warna

7.    Straw

8.    Lidi

9.    Pembaris

10.    Maker pen berwarna

11.    Pensil

12.    Kertas warna

13.    Wayar

5Nilai Murni

Kanak-kanak dapat bekerjasama, bertanggungjawab dan bertolak ansur   

6Strategi Pelaksanaan

1.    Guru membawa kanak-kanak melihat bahagian-bahagian kereta di luar kelas

2.    Kanak-kanak digalakan melukis bahagian-bahagian kereta yang telah mereka lihat

3.    Guru bersoaljawab tentang bilangan bahan yang akan digunakan

         Guru : Siapa yang boleh namakan bahagian-bahagian kereta?

         Guru : Bagaimana kereta bergerak?

         Guru : Dibahagian manakah kita menyimpan barang-barang?

4.    Kanak-kanak dibahagi kepada 4 kumpulan

5.    Kanak-kanak mengambil bahan-bahan yang diperlukan untuk membina robot kereta

6.    Kanak-kanak menggunakan bahan yang disediakan untuk membina robot kereta

7.    Kanak-kanak menceritakan hasil kerja mereka

8.    Kanak-kanak mempamerkan hasil kerja mereka

Klik di sini untuk memuat turun kandungan SP ini