Let's Get Crafty

Tangan
Robot



Strategi Pelaksanaan


NAMA PUSAT            LET'S GET CRAFTY

PUSAT / FUNGSI       ART & CRAFT @ KRAF & KREATIF

TAJUK / TEMA          TANGAN ROBOT

1Standard Kandungan

KE 3.3.4    Menghasilkan binaan kreatif

2Standard Pembelajaran

KE 3.3.3    Membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti sendiri

3STREAM

S    Kanak-kanak dapat memahami proses bagaimana tangan robot bergerak

T    Kanak-kanakmenggunakan pelbagai media untuk menghasilkan tangan robot

R    Kanak-kanak menghargai ciptaan tuhan dengan menjaga anggota badan dengan baik

E    Kanak-kanak membuat design tangan robot

A    Kanak-kanak dapat menghasilkan tangan robot menggunakan kreativiti mereka

M    Kanak-kanak memahami konsep ukuran semasa membuat tangan robot

4Alat Bantu Mengajar (ABM)

1.    Straw

2.    Tali

3.    Kotak

5Nilai Murni

Kanak-kanak dapat mengamalkan sikap ingin tahu dan bersungguh-sungguh membuat jam tangan robot   

6Strategi Pelaksanaan

1.    Kanak-kanak dibawa ke pusat pembelajaran “Let’s get crafty”

2.    Kanak-kanak meneroka bahan-bahan yang akan digunakan untuk membuat tangan robot

3.    Guru menunjukan contoh tangan robot yang telah dibuat oleh kanak-kanak lain

4.    Kanak-kanak digalakan meneroka tangan robot untuk melihat bagaimana ia berfungsi

5.    Kanak-kanak menggunakan semua bahan yang disediakan mengikut kreativiti mereka dalam menghasilkan tangan robot

6.    Kanak-kanak bercerita tentang hasil kerja mereka

7.    Hasil kerja kanak-kanak dipamerkan di pusat pembelajaran

Klik di sini untuk memuat turun kandungan SP ini