C04   |   Discovery LC  Jam Robot  Strategi Pelaksanaan

Discovery Learning Centre

Jam
Robot



Strategi Pelaksanaan


NAMA PUSAT            DISCOVERY LEARNING CENTRE

PUSAT / FUNGSI       DISCOVERY @ PENEROKAAN

TAJUK / TEMA          JAM ROBOT

1Standard Kandungan

MA 5.1    Memahami waktu dalam konteks kehidupan seharian

2Standard Pembelajaran

MA 5.1.4    Menyebut waktu dalam jam dengan menggunakan jam analog

3STREAM

S    Kanak-kanak dapat memahami konsep masa menggunakan jam robot

T    Kanak-kanak menggunakan jam analog untuk memahami konsep masa

R    Kanak-kanak digalakan menghargai masa dalam kehidupan mereka

E    Kanak-kanak mengetahui tentang pergerakan jarum jam dalam menentukan masa

A    Kanak-kanak menghargai reka cipta jam yang digunakan

M    Kanak-kanak dapat menguasai konsep masa

4Alat Bantu Mengajar (ABM)

Model robot jam kotak

5Nilai Murni

Kanak-kanak dapat mengamalkan sikap bersungguh-sungguh ingin belajar dan ingin tahu

6Strategi Pelaksanaan

1.    Kanak-kanak dibawa ke pusat pembelajaran “discovery”

2.    Guru memperkenalkan pakar yang dijemput untuk menerangkan tentang robot dan fungsi robot

3.    Pakar menggunakan jam robot dan memberi penerangan kepada kanak-kanak

4.    Kanak-kanak digalakan untuk bertanya soalan

5.    Guru mencatat semua soalan kanak-kanak dan jawapan pakar

6.    Pakar menerangkan tentang konsep masa kepada kanak-kanak dan menasihatkan kanak-kanak untuk sentiasa menghargai masa

7.    Kanak-kanak digalakan melukis atau menulis tentang jam tangan idaman mereka

8.    Kanak-kanak bercerita tentang pengalaman mereka membuat jam tangan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang diberikan

Klik di sini untuk memuat turun kandungan SP ini