C04   |   Discovery LC  Puzzle Robotik  Strategi Pelaksanaan

Discovery Learning Centre

Puzzle
Robotik



Strategi Pelaksanaan


NAMA PUSAT            DISCOVERY LEARNING CENTRE

PUSAT / FUNGSI       DISCOVERY @ PENEROKAAN

TAJUK / TEMA          PUZZLE ROBOTIK

1Standard Kandungan

SA 1.1.    Menunjukkan sikap saintifik dan nilai

BM 1.3    Mendengar dan mengecam bunyi bahasa

2Standard Pembelajaran

SA1.1.1    Menunjukkan sikap ingin tahu dan bekerjasama

BM 1.3.5    Menyebut dan memberi respond terhadap perkataan yang didengar

3STREAM

S    Kanak-kanak dapat mempelajari bahagian-bahagian robot yang berbagai jenis

T    Kanak-kanak menggunakan pelbagai media untuk mendapat maklumat tentang bahagian-bahagian robot seperti buku,replika dan internet

R    Kanak-kanak dapat memahami bahawa manusia mempunyai keupayaan untuk mencipta sesuatu reka cipta yang boleh membantu kehidupan

E    Kanak-kanak dapat meneroka pelbagai reka bentuk bahagian-bahagian robot

A    Kanak-kanak dapat menzahirkan kreativiti masing-masing melalui idea dan pendapat mereka

M    Kanak-kanak dapat memahami ciri-ciri robot seperti saiz, bentuk dan bilangan

4Alat Bantu Mengajar (ABM)

1.    Kotak

2.    Kertas mahjung

3.    Warna air

4.    Pensil

5.    Berus

6.    Bekas bancuh warna

7.    Gunting

8.    Gam

4Nilai Murni

Kanak-kanak berani, yakin diri dan berkerjasama dalam menjalankan aktiviti yang dilakukan

5Strategi Pelaksanaan

1.    Guru menunjukkan beberapa reka bentuk robotik menggunakan buku, gambar, poster dan internet

2.    Kanak-kanak digalakkan bercerita tentang pengetahuan sedia ada mereka berkaitan robot

3.    Kanak-kanak digalakkan melukis robot yang mengikut kreativiti mereka

4.    Kanak-kanak digalakkan memilih salah satu daripada hasil lukisan mereka untuk dijadikan puzzle

5.    Guru Bersama kanak-kanak menyiapkan giant puzzle (giant puzzle robot)

6.    Apabila puzzle siap kanak-kanak bermain bersama

Klik di sini untuk memuat turun kandungan SP ini