Reading Room

Robot
untuk Mama



Strategi Pelaksanaan


NAMA PUSAT            ROBOT PINTAR (READING ROOM)

PUSAT / FUNGSI       LITERACY @ BAHASA

TAJUK / TEMA          ROBOT UNTUK MAMA (BUKU CERITA)


1Standard Kandungan

BI 3.2    Menguasai kemahiran menulis

2Standard Pembelajaran

BI 3.2.8    Menulis ayat mudah

3STREAM

S    Kanak-kanak memahami kandungan cerita

T    Kanak-kanak menggunakan pelbagai media untuk menghasilkan buku cerita

R    Kanak-kanak dapat memahami tanggungjawab mereka sebagai seorang anak

E    Kanak-kanak menghasilkan reka bentuk buku flip

A    Kanak-kanak dapat menzahirkan idea yang kreatif dan inovasi dalam menghasil buku flip

M    Kanak-kanak dapat memahami konsep bilangan semasa mengira helaian buku flip

4Alat Bantu Mengajar (ABM)

1.    Tajuk Buku : “Robot untuk Mama”

2.    Big book (buat sendiri berpandukan buku Robot untuk Mama)

3.    Kertas warna

4.    Gunting

5.    Gam

6.    Gambar cerita (4 set gambar)

5Nilai Murni

Kanak-kanak dapat mempelajari tentang sikap tolong menolong  

6Strategi Pelaksanaan

1.   Kanak-kanak di bawa ke pusat pembelajaran “Reading Room”

2.   Kanak-kanak dibahagikan kepada dua kumpulan

3.   Kanak-kanak memilih bahan-bahan untuk membuat buku flip

4.   Guru berbual tentang kandungan buku flip yang akan kanak-kanak hasilkan

5.   Kanak-kanak menyalin semula ayat yang terkandung di dalam buku flip ke dalam buku skrap mereka

6.   6. Kanak-kanak melukis gambar mengikut kandungan di dalam buku skrap mereka

7.   Apabila siap, kanak-kanak dipanggil untuk membaca buku skrap mereka

8.   Kanak-kanak mempamerkan buku skrap mereka di rak buku di pusat pembelajaran

Klik di sini untuk memuat turun kandungan SP ini